Saturday, January 14, 2012

Kita.


KAMU,
Aku kenal hanya seketika, tapi
Aku hampir mengerti hidup kamu, bukan
Aku menghakimi, tapi 
Aku cuba memahami. 

MEREKA
Salah faham, 
Tidak memahami,
hanya memberi lebam,
dan melupai. 

AKU
Hanya mencuba, 
memahami 
mengerti 
mengasihi 
dan mengingati. 

Namun, cukupkah apa aku perbuat? 
Untuk membantu kamu? 

Persoalannya, 
Mengapa kamu diperlakukan sedemikan rupa? 
Apa alasan mereka melakukannya? 
Bagaimana harus aku memperbaiki hubungan ini? 

Hubungan KITA
Pelajar + Guru = Kita. 
Kata-kata sahaja takkan mampu memperbaiki.
Cuma perbuatan semata. 
Hakikinya, dimana bermula? 
Siapa memulai? 
Kemana arah? 

Peta arah ini berbunyi seperti, 

 Titik permulaan = kamu, 

Pemulai = mereka,

Penyambung = aku.


Keinginan aku hanya ingin memberi pengalaman ku. 
Memberi kamu kesenangan semasa dan selepas kamu menuntut ilmu. 

To be continued...
xoxo
Cikgu Gill 

P/S: Cikgu tak berapa nak pandai mengarang dalam BM. SPM cikgu dapat 3B jer pun. 

2 comments: